Berjuang Itu Pahit Kerana Syurga Itu Manis. Ayuh Berjuang!

| |


Apabila mentari berseri tersenyumlah langit
Memulakan hari bersama embun pagi.
Burung menyanyi bunga bersemi.
Oh menyentuh hati.

Seindah alam sedamai jiwa.
Yang digilap iman yang bercahaya.
Suburkanlah perjuangan menegakkan Islam.
Yakinilah bahawa Allah pembela kita.

Bila kita berjuang dijalanNya.
Harapkanlah sinaran dariNya.
Agar menerangi iman dihati.
Seumpama mentari.

Bila hati insan telah bersinar.
Dirinya tidak akan lagi berasa gentar.
Sebesar apapun rintangan yang mendatang.
Pasti akan ditempuhinya dengan candang (berani).

Satukanlah gerak dan langkah kita.
Dalam ukhwah Islamiyah yang tiada goyah.
Hindarkanlah segala perpecahan.
Agar perjuangan tidak akan pudar.
Hingga ke akhirnya.

Marilah kita bersihkan hati dan diri kita.
Hiasilah perjuangan dengan akhlak mulia.
Menjadi tauladan buat setiap insan di dunia.


~Beranang, 6:37 PM~