Dari Kerana Mata Yang Mempunyai Kuasa, Eh Tunggu Kejap!

| |

Memandang alam ciptaan Allah itu lebih menenangkan jiwa.

Dari mata turun ke hati.
Berulang kali mendengar pepatah ini.
Bibir mereka tidak jemu mengulangi.
Petanda apa yang dilihat amat berseri.

Eh nanti-nanti!
Jangan merenung asyik sekali.
Pandangan mata juga harus dibatasi.
Agar dosa free tidak dikumpul lagi.

Jagalah pandangan mata sendiri.
Tundukkanlah pandangan apabila melihat gerangan ajnabi.
Bukankah itu suruhan Ilahi?
(Baca Surah An-Nur ayat 30-31)

Berhati-hatilah dengan pandangan matamu.
Kerana dari pandangan matamu itu.
Allah melihat hatimu.
Jagalah sepasang matamu.
Kerana bernilainya sepasang mata itu.


~Beranang, 7:22 PM~