Keluarga Itu Anugerah Terindah

| |

Kurang lagi empat orang ni! Hehe :D

Bahagia rasa.
Bila disamping keluarga tercinta.
Suasana di rumah sendiri lebih selasa.
Tenang dan damai saja.

Bahagia rasa.
Bila melihat gelak tawa ahli keluarga.
Riuh suara menggamit mesra.
Itulah dia rencah bahagia.

Bahagia rasa.
Bila semuanya ada disana.
Anak-anak lelaki berbincang hal-hal kerja.
Anak-anak perempuan menyiapkan juadah bersama-sama.
Itulah ragam kami adik-beradik semua.

Bahagia rasa.
Bila melihat semua gembira.
Alhamdulillah kepada Sang Pencipta.
Kerana rasa ini anugerah dariNya.
Kerana keluarga ini kurniaan dariNya.


~Beranang, 1:58 PM~