Sempurna Dalam Ketidaksempurnaan

| |


Allah tidak membebani seseorang 
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. 
(Surah Al-Baqarah ayat 286)


Aku pandang wajahnya.
Sungguh aku cemburu dan gembira.
Gembira kerana wajahnya ceria sentiasa.
Cemburu kerana semangatnya luar biasa.
Kadangkala dia luahkan isi hatinya.
Namun akhirnya dia ketawa semula.
Dia benar-benar insan luar biasa.
Kadangkala airmata keluar juga.
Apabila mendengar bait-bait dari hatinya.
Namun cepat-cepat diseka.
Kerana aku mahu dia sentiasa ceria.

Sungguh.
Dia sempurna dalam ketidaksempurnaan.


~Rumah Indah, 3:08 PM~